Friday, 29 July 2011

PUASA MENJELMA

Ramadhan akan dtang tidak lama lagi,mari kita sama2 kuatkan dan tambhkan amalan2 baik buat ALLAH s.w.t.Puasa biar ikhlas ye,barulah rasa kekuatan dlam diri... :-)


perhatian !!!!

kemasukan baru ke universiti..

tarikh : 1 Ogos 2011
...name U : Universiti Ramadhan
course wajib : berpuasa
course special : terawih
course tambahan : bace quran , zikir,solt sunat,sedekah dll.
klulusan : ijazah takwa
konvo : 1syawal

*extra...tawaran mlnjutkn pgajian ke peringkat master
course : puasa 6...

jom join!! :D



Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam Islam. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.

Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.

Para ulama' telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:

(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)

Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.



Kat atas tu ha,antara ayat yang aku dapat dari FACEBOOK pastu aku share la kat Blog nie.Mudah-mudahan,puasa tahun nie mendapat barakah dari puasa sebelum-sebelum nie XD..Enjoy ea puasa.Jangan merungut kerana puasa adalah kewajipan kita.thanks yaww

No comments:

Post a Comment